:: Sekolah Kebangsaan Abu Bakar ::
Staff
Kurikulum
Ko-Kurikulum
HEM

::
Sejarah Sekolah
::
Visi dan Misi
::
Carta Organisasi
::
Lencana Sekolah
::
Pra Sekolah




 

DARI MEJA GURU BESAR
Profession pendidikan di era globalisasi ini begitu mencabar dan dicabar. Justeru itu semua para guru mesti lebih professional dalam segala segi, terutamanya penguasaan ilmu bidang pengetahuan sampingan, berkemahiran ICT dan komunikasi.

Bahan yang kita dipertanggungjawabkan untuk diproses di kilang yang dipanggil sekolah adalah “manusia”. Produk yang hendak kita hasilpun manusia, tapi manusia yang bagaimana? Tentunya manusia yang menepati tujuan dan matlamat penciptaan manusia itu sendiri, memenuhi yang dihasratkan dan dicita-citakan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Guru dan Pendidik diberi penghormatan tinggi oleh Allah dan manusia selagi mana kita sebagai guru masih tulus dan komited dengan tugas dan tanggungjawab kita dalam mendidik anak bangsa.

Marilah kita merapatkan barisan, memandang jauh ke hadapan, mengatur langkah bersama membawa sekolah kita ini dan murid-murid kita ke era yang lebih cemerlang. Bersama-samalah kita memberikan perkhidmatan yang terbaik semampu mungkin dan semoga segala apa yang kita lakukan mendapat balasan baik dan keredhaan dari Allah swt.

Selamat berkhidmat dengan penuh semangat dan tulus ikhlas.

( EN. MOHD SALIM BIN RANTAU )
Guru Besar,
SK Abu Bakar,
28400 Mentakab,
Pahang Darul Makmur
 
 
 
BICARA AGAMA

PESAN IMAM GHAZALI.
• Adapun menyebut-nyebut tentang keburukan rakan-rakan,
• aib-aibnya serta aib-aib anak isterinya, maka itulah yang dikatakan 'ghibah' atau mengumpat, dan hukumannya adalah haram atas setiap orang Muslim.


Jumlah Pengunjung
HTML Counter