Bahan
yang kita dipertanggungjawabkan untuk diproses di
kilang yang dipanggil sekolah adalah “manusia”.
Produk yang hendak kita hasilpun manusia, tapi manusia
yang bagaimana? Tentunya manusia yang menepati tujuan
dan matlamat penciptaan manusia itu sendiri, memenuhi
yang dihasratkan dan dicita-citakan oleh Falsafah
Pendidikan Negara. Guru dan Pendidik diberi penghormatan
tinggi oleh Allah dan manusia selagi mana kita sebagai
guru masih tulus dan komited dengan tugas dan tanggungjawab
kita dalam mendidik anak bangsa.
Marilah
kita merapatkan barisan, memandang jauh ke hadapan,
mengatur langkah bersama membawa sekolah kita ini
dan murid-murid kita ke era yang lebih cemerlang.
Bersama-samalah kita memberikan perkhidmatan yang
terbaik semampu mungkin dan semoga segala apa yang
kita lakukan mendapat balasan baik dan keredhaan
dari Allah swt.
Selamat
berkhidmat dengan penuh semangat dan tulus ikhlas.